Tuesday, February 15, 2011

MESYUARAT PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SBP BIL 1 TAHUN 2011



Mesyuarat Penolong Kanan Kokurikulum SBP Bil 1/2011 telah berlangsung dari 9 Februari hingga 11 Februari 2011 di Carlton Hotel, Shah Alam. Pada kali ini Penolong Kanan Kokurikulum SBP telah hadir untuk bermesyuarat dan membuat pengundian bagi semua aktiviti sukan dan kokurikulum SBP bagi tahun 2011. Di dalam mesyuarat ini juga Majlis Penolong Kanan Kokurikulum meraikan Penolong Kanan Kokurikulum yang akan bersara iaitu Tuan Haji Muaidi Bin Idris dari SBPI Gopeng dan Tuan Haji Md Ali Bin Abdul Rahman dari SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Di dalam Mesyuarat ini juga telah dijalankan pelantikan Majlis Penolong Kanan SBP baru bagi sesi 2011. Tahniah diucapkan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang telah dilantik dan diharapkan dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik.

No comments:

Post a Comment