Tuesday, February 15, 2011

SSP WIND MENYERTAI "FLASH MOB" SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN ORKESTRA RTM








Pada 22 Januari 2011 (Sabtu), Pasukan Wind Orchestra Sekolah Seri Puteri (SSP Winds) telah mengadakan persembahan berkonsepkan ''Flash Mob" sempena promosi Sambutan Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. SSP Winds dengan ahli seramai 65 orang murid telah menunujukkan persembahan yang mantap dengan disaksikan oleh ribuan pengunjung Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Lokasi persembahan berlangsung di Pintu Masuk Utama Berjaya Times Square. Persembahan SSP Winds juga mendapat liputan daripada krew penerbitan RTM yang akan menyiarkan persembahan mereka ini dalam rancangan 'Muzik Aktif' melalui saluran ASTRO 180 pada bulan Mac 2011.Persembahan SSP Winds dimulakan tepat pada jam 5 petang dengan lagu instrumental pertama "Stand By Me" diikuti lagu instrumental kedua "Two World" (from soundtrack filem "Tarzan") dan lagu ketiga "Tak Mungkin Kerana Sayang"mengiringi artis popular Alyah. SSP Winds telah mendapat tepukan yang gemuruh daripada ribuan penonton yang menyaksikan persembahan tersebut. Antara yang hadir menonton dan memberikan sokongan ialah Puan Pengetua Cemerlang, Puan Hajah Rashidah Md. Arif, Penolong Kanan Kokurikulum En. Ab. Aziz Mamat, Pegawai-pegawai dari BPSBPSK, Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru Sekolah Seri Puteri, dan bekas murid SSP. Pasukan SSP Winds telah mendapat jemputan khas dari pihak RTM melalui BPSBPSK, KPM untuk membantu mempromosikan Sambutan Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM.

Persiapan dan latihan intensif untuk menjayakan persembahan ini telah dibuat sejak awal Januari 2011 dan SSP Winds menjadi sekolah pertama membuat persembahan berkonsepkan "Flash Mob" dengan mengiringi artis popular tempatan. Raptai 1 untuk persembahan ini telah diadakan pada 19/1/2011 di SSP, Raptai 2 pada 20/1/2011 di SSP, Raptai Penuh pada 21/1/2011 di Angkasapuri dan Berjaya Times Square bersama krew penerbitan RTM. Raptai penuh di Berjaya Times Square bermula pada jam 11 malam dan berakhir pada jam 2.30 pagi. Ucapan terima kasih kepada Penolong Kanan HEM Puan Monarazmah dan guru-guru pengiring kerana sabar menunggu dan mengawasi ahli-ahli SSP Winds membuat raptai penuh sehingga awal pagi.  Ini menunjukkan bahawa para guru termasuk pentadbir sekolah sangat komited dalam tugas mereka. Program ini juga adalah satu pengalaman yang sangat berharga kepada semua ahli SSP Winds dalam persediaan mereka untuk merebut kembali trofi kejuaraan Festival Wind Orchestra yang bakal berlangsung pada bulan April 2011 di Putrajaya. Ucapan terima kasih juga dikalungkan buat pihak RTM kerana telah memberi tunjuk ajar yang berguna kepada ahli-ahli SSP Winds. Ucapan jutaan terima kasih juga kepada Pihak Pentadbiran Tertinggi Sekolah, Guru-guru pengiring, dan seluruh warga SSP kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan padu demi kejayaan SSP Winds dalam langkah mereka untuk terus mengharumkan nama Sekolah Seri Puteri Cyberjaya ke peringkat yang tertinggi.

PAMERAN F1 IN SCHOOLS SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK SEMPENA IIUM RESEARCH & INNOVATION EXHIBITION

NAMA SEKOLAH    Sekolah Dato' Abdul Razak
NAMA PROGRAM :   IIUM Research & Innovation Exhibition 2011
TARIKH : 9 Februari 2011
TEMPAT PROGRAM :  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
PENYERTAAN            Guru - 1 orang
                                         Murid - 4 orang
KEKUATAN :   1. Program dapat meningkatkan minat pelajar terhadap penyelidikan sains dan teknologi.   2. Memberi peluang kepada para pelajar untuk bersaing dengan pelajar-pelajar universiti dalam pameran penyelidikan.

RALUCA F1 SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK (SDAR)



NAMA SEKOLAH   :            Sekolah Dato' Abdul Razak
NAMA PROGRAM :             Sixth F1 in Schools  World Championships 2010
TARIKH :                               18-26 Nov 2010
TEMPAT PROGRAM :        Ngee Ann Polytechnic, Singapore
PENYERTAAN           :        Guru - 1 orang
                                                Murid - 4 orang
KEJAYAAN:                          a)  1st IN KNOCKOUT RACE
                                                b)  3rd IN VERBAL PRESENTATION
                                                c)  7th OVERALL STANDING
IMPAK PROGRAM   : 

KEKUATAN :            a)   Pelajar-pelajar dapat bersaing dalam teknologi pembuatan kereta dan kejuruteraan rekabentuk.
b)    Pelajar-pelajar dilatih untuk menggunakan perisian computer kejuruteraan terkini.
c)    Pelajar-pelajar dapat melihat budaya-budaya daripada masyarakat antarabangsa melalui program makan malam silang budaya.
d)    Pelajar-pelajar didedahkan dengan teknik-teknik pelan pemasaran pasukan.
e)    Pelajar-pelajar dilatih untuk membentuk satu identiti pasukan
yang unggul.

KELEMAHAN :        Pihak penganjur tidak menghantar wakil di pejabat Imigresen
Singapura menyebabkan pelajar dan guru disoal siasat begitu

                                 lama kerana membawa peralatan elektrik seperti TV LCD.

LAWATAN SEMSAS KE PERTANDINGAN LIGA ASEAN (BASKETBALL)


1. NAMA SEKOLAH : SMS Sains Sultan Haji Ahmad Kuantan
2. NAMA PROGRAM : Lawatan Ke Pertandingan LIGA ASIAN (Basketball)
3. TARIKH PROGRAM : 5 Jan 2011
4. TEMPAT PROGRAM : Stadium MABA K.Lumpur
5. PENYERTAAN : GURU : 3 ORANG
PELAJAR: 30 ORANG
6. KOS (JIKA ADA) : Dibiayai oleh YB Dato' Saifuddin(Timb.Menteri Pengajian Tinggi)
7. IMPAK PROGRAM : KEKUATAN :Dapat menimba pengelaman bersama tokoh bola keranjang negara dan menyaksikan pertandingan bertaraf dunia secara langsung
KELEMAHAN: Memerlukan kos yang tinggi.

MESYUARAT PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SBP BIL 1 TAHUN 2011



Mesyuarat Penolong Kanan Kokurikulum SBP Bil 1/2011 telah berlangsung dari 9 Februari hingga 11 Februari 2011 di Carlton Hotel, Shah Alam. Pada kali ini Penolong Kanan Kokurikulum SBP telah hadir untuk bermesyuarat dan membuat pengundian bagi semua aktiviti sukan dan kokurikulum SBP bagi tahun 2011. Di dalam mesyuarat ini juga Majlis Penolong Kanan Kokurikulum meraikan Penolong Kanan Kokurikulum yang akan bersara iaitu Tuan Haji Muaidi Bin Idris dari SBPI Gopeng dan Tuan Haji Md Ali Bin Abdul Rahman dari SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Di dalam Mesyuarat ini juga telah dijalankan pelantikan Majlis Penolong Kanan SBP baru bagi sesi 2011. Tahniah diucapkan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang telah dilantik dan diharapkan dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik.

MALAM SANJUNG GEMILANG SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK

MALAM SANJUNG GEMILANG SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 

Tarikh :: 13 November 2010
Tempat : Dewan Gemilang , SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK, PEKAN, PAHANG
Tetamu VIP : En Mohd Fathullah B. Mohd Yusof, Ketua Penolong Pengarah Bah. SBPSK
                    : En. Yahya B. Zainal Abidin, Timbalan Pengarah JPN Pahang
                    : Puan Hajjah Zabedah Bt. Osman, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Pahang 

Malam Sanjung Gemilang diadakan bagi menghargai usaha para pelajar yang memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam 
bidang ko-kurikulum sepanjang tahun 
    
SENARAI PEMENANG MALAM SANJUNG GEMILANG

Rumah Terbaik KESELURUHAN : SERAI ABADI 
Rumah Terbaik Akademik : Serai Abadi
Rumah Terbaik Kokurikulum  : Serai  Murni
Rumah Terbaik Sahsiah : Serai Sejati 
Pelajar Terbaik Keseluruhan : Muhamad Fariez Adha B. Roslan 
Pelajar Terbaik Akademik : Muhamad Fariez Adha B. Roslan
Pelajar Terbaik Kokurikulum : Nur Zahidah Nadzirah Bt. Mohd Pauzi
Pelajar Terbaik Kepimpinan : Muhammad Fakhruddin B. Rahim

Anugerah Khas Guru
En. Mohd Fakharudin B. Mahmod ( Guru Inovasi dan Koordinator Kuiz Antarabangsa )
En. Shahrizan B. Shahidan ( Guru Kriket )
En. Khairil Azwar B. Razali  ( Penyel;aras CCAD dan Guru Ragbi )

Outstanding Award      
Muhammad Saifudin B. Nordin 
( Excellent Award International Chemistry Quiz dan Pert. Inovasi Saisn peringkat kebangsaan )
Nurul Izzati Bt. Abdullah ( Perkhemahan Pandu Puteri Antrabangsa di Padang
Nurshahira Bt. Azaha ( Perkhemahan Antarabangsa )
Mohd Ashraf B. Ariffin ( menyertai CIMB Cobra Open ) 

Anugerah Kokurikulum TERBAIK  Keseluruhan : Pasukan Ragbi
Anugerah Badan Beruniform : Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
Kelab dan Persatuan Terbaik : Kelab Inovasi dan Rekacipta Anugerah Sukan dan Permainan Terbaik : Pasukan Ragbi

LAWATAN STUDI BANDING KEPALA SEKOLAH INDONESIA KE SBPI KUBANG PASU

1. NAMA SEKOLAH : SBP INTEGRASI KUBANG PASU, BUKIT KAYU HITAM

2. NAMA PROGRAM : LAWATAN STUDI BANDING KEPALA SEKOLAH
MENENGAH UMUM/ MADRASAH KABUPATEN ACHEH
TENGAH

3. TARIKH PROGRAM : 19 JANUARI 2011

4. TEMPAT PROGRAM : SBP INTEGRASI KUBANG PASU, BUKIT KAYU HITAM

5. PENYERTAAN : 80 0RANG BANDING KEPALA SEKOLAH MENENGAH
UMUM/ MADRASAH KABUPATEN ACHEH TENGAH & 59
ORANG GURU SBPIKP

6. KOS :

7. IMPAK PROGRAM :

KEKUATAN
PERTUKARAN IDEA & SBPIKP MENJADI PENANDA ARAS.
CETUSAN UNTUK JALINAN ANTARA SEKOLAH SETERUSNYA
KELEMAHAN
MASA LAWATAN 3 JAM SAHAJA KERANA KELEWATAN
PENAMBAHBAIKAN
MASA LAWATAN DITAMBAH SERTA SESI DIALOG DIADAKAN.
SBPIKP MENGADAKAN LAWATAN BALAS KE ACEH.


8. GAMBAR :
a. pertukaran cenderamata
b. delegasi di bilik pengetua
c. di bilik dokumentasi
d. persembahan pelajar

Terima kasih.